Sunday, November 29, 2009

Congratulations Shahir..

Salam...
Aritu SPC buat kek untuk Ina sempena pencapaian anak sedaranya yg mendpt 5A dalam UPSR. Kali ni SPC buat kek untuk anak sedara sendiri yg sama2 dpt 5A. Coklat kek dgn edible Ben 10. Pernah sekali buat kek beirthday utk dia dgn pic Ben 10. Dia ni mmg peminat Ben 10.


Pic kali ni beli dari kedai je (bukan dari Mai Edible). Tak sempat nak order. Tulisan saja buat guna fondant..maklumla..baru beli lettering cutters...hehehe..


Ni la anak sedara SPC, Mohd Shahir (nama sama dgn hubby SPC). Semoga kejayaan terus dimiliki. Amin...

Selamat Bertunang...

Salam..
SPC dpt tempahan pertunangan daripada Asma. Sebenarnya, Asma ada buat tempahan dgn SPC utk 4/12 nanti. Order ni dibuat on behalf of makcik dia. Tema and design ikut SPC. So SPC telah memilih kale oren and putih.
SPC turut menghias kotak atas permintaan Asma.






Hepi Birthday Zikri...

Salam..
Order kali ni dari Zulita (dia dah byk kali order dgn SPC). Minta buatkan birthday cake sempena harijadi Zikri yg pertama. Zikri ni peminat setia UpinIpin. SPC pun orderla edible pics dari Mai Edible.






Berat kek 4kg++..SPC harap Zikri suka....




Happy Birthday...Tok Wan....

Salam...
rabu yang lepas, tgh dok releks2, tiba2 dpt sms dari no yg tdk dikenali.. "Salam..kalau nak order utk bday ayah besok boleh tak?" Fikir punya fikir, last2 ambik keputusan utk call and bercakap dgn org yg hntar sms.. Kak Zu. Dia duduk KL tapi akan balik ke SP utk sambut Raya Aidiladha. Mula2 dia nak order kek tp tukar ke 16 biji cuppies. Kak Zu siap pesan jgn wat design berkale2 takut nanti ayah tak nak makan...So nila hasil nya... 16 biji oren cuppies dgn strawberry.


Malam khamis g hantar ke rumah ayah Kak Zu. Rupa2nya Kak dan keluarga sudah sampai. So dapatla berjumpa dgn dia. Malam tu SPC dpt msg dari Kak Zu..."Tqvm, ayah kak zu meleret senyum.." Alhamdulillah...
Semoga kita berurusan lagi di masa akan datang..insya'allah..

Monday, November 23, 2009

Q Bean...Tesco Sungai Petani Selatan..

Salam,
Alhamdulillah setelah sekian lama membuat perancangan akhirnya tercapai. Hari tu, SPC g Tesco Sungai Petani Selatan, yang baru, and saja jalan2. Terlihat satu cafe nama Q Bean di foodcourt ada jual kek coklat kukus. SPC pun pergi tanya kalau nak letak cuppies kat situ boleh ke tak.. Pekerja dia minta SPC contact Ester.

Dua tiga kali jg cuba contact tapi tak berhasil. So SPC pun anggap tak ada rezeki. Tp, pada suatu hari (baru2 ni), kebetulan SPC kat OMNI Design, masuklah satu perempuan cina tgk banner yg ditempah. Bila dia buka banner, SPC perasan ada tulisan Q-Bean, terus tanya samada dia tu Esther ke and dia kat yes. SPC bgtau yg dah beberapa kali cuba contact tp tak dpt. Esther suggest dtg ke cafe untuk berbincang ptg tu juga..
So kul 3ptg SPC ke Q-Bean bersama2 dgn sample cuppies. Mmg seronok berbincang dgn Esther. Dia pula byk idea utk mempromote cuppies. Siap suruh bwkan tiers utk pameran. Mmg teruja je lepas berbincang dgn dia.

Pada 21 November 2009, SPC melangkah ke bab baru dlm dunia perniagaan. So, kepada kengkawan dan bakal pelanggan di sekitar Sungai Petani, singgahla ke Q-Bean jika teringin merasa cuppies hasil Sweet Princess Cuppies..






Untuk makluman, harga di Q-Bean hanyalah untuk pembelian di Q-Bean sahaja.




Tahniah...

Salam...
Kek coklat ini dipesan oleh Ina untuk meraikan kejayaan anak sedaranya yang berjaya mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR yang diumumkan baru2 ni. Ni pun last minit order sbb Ina dah nak kena balik ke kl.



Deko ni Ina yang minta. Just tulis tahniah kerana mendapat 5A.





Anak sedara SPC pun dapat 5A..alhamdulillah...

Purple Flowers..

Salam,
Order diterima daripada Anti Siti (jiran) untuk diberikan kepada sanak saudara yang akan melangsungkan kenduri kawin minggu lepas. Dia minta buatkan bunga kale purple and letak dalam dome casing. Tempek reben and bunga kristal..





Alhamdulillah, Anti Siti berpuas hati dgn hasil SPC. Semoga SPC mendapat lebih banyak tempahan di masa akan datang..insya'allah..


Carnival Water Park..

Salam,
Sempena cuti sekolah yang baru bermula, kakak ajak letak cuppies di Carnival Water Park, Cinta Sayang, Sungai Petani. Siap g beli cupcake tiers lagi..akhirnya SPC memiliki tiers sendiri. Ofcourse bukan jenama Wilton..yang tu mahal sgt...walau tak semahal but still serve the same purpose...





My sis yang pakai tudung purple. Dia kata sambutan agak menggalakkan..alhamdulillah..

Love Cake..

Salam..
Kek bentuk Love ni dipesan last minit oleh Yun (kawan lama). Dia call semalam minta buatkan kek bentuk love untuk diberikan kepada sepupu dia yang akan bertunang. Saya bagitau yang bekas love tak ada. Lagipun bahan2 tak cukup. Dia kata dia dtg ambil pagi nanti bawa g kedai Sayang and Honey. Memang dia nak sgt minta buatkan. Tak payah letak wording just bunga2 ja.


So, seperti yang dijanjikan, keesokkannya dia dtg ambil dan inilah hasilnya.. Yun minta buat kale pink cam buat Princess Cuppies and letak bunga byk2. Alahamdulillah setelah siap, Yune berpuas hati..


Kepada sesiapa yang nak cari idea utk Valentine 2010 atau untuk diberikan kepada insan istimewa, leh la contact SPC..insya'allah..


Wednesday, November 18, 2009

Kenduri Cuppies...

Salam..

Ni budget cuppies ordered by Pak Brahim sempena kenduri kawin anak perempuannya over the weekend yang lepas. Ada yang di letakkan riben bersama bunga dan ada yang dilekat bunga kristal atas permintaan isterinya.


Penat jg nak lekat2 semua ni, tapi demi memuaskan hati pelanggan, ditempuhi jua..dgn bantuan suami la...thanks hubby ku..


Kepada sesiapa yang ingin menempah budget cuppies camni bolehla menghubungi SPC melalui handphone atau email.

Majlis Akad Nikah..

Salam..
Order kali ni diterima daripada jiran sempena majlis pernikahan cozen di arau. Dia nak bg kat tetamu yang hadir. Mix flavour of chocolate and buttercake with buttercream aising.




Saturday, November 7, 2009

Order kenduri...

Salam..
Tak lama lagi cuti sekolah..bererti akan banyak kenduri kawin.. Pesanan diterima daripada kawan lama sempena kenduri perkahwinan adik. Dia minta buatkan budget cuppies perisa coklat with simple flower design.


Cuppies diletakkan dalam bekas bertempak bunga and reben. Maklulmla nak bagi kat tetamu yang hadir..






Kepada sesiapa yang inginkan lebih maklumat, leh lah menghubungi SPC...

Happy Birthday Nazifah n Nadirah

Salam...

My first order datang daripada best fren sempena birthday anak kembar dia Nazifah and Nadirah. Dia nak something simple with princess and flowers. Tak perlu tulis apa2. Pening juga nak buat..maklumla sudah sekian lama meninggalkan bidang ni..hehehe.. First time buat susunan macam ni..okay gak kan???


Alhamdulillah Nani and the twins menyukainya...

Tuesday, November 3, 2009

Pesanan cuppies

CSalam...

Setelah hampir 2 bulan bercuti, SPC kini menerima tempahan cuppies utk sebarang majlis seperti biasa...inysa'allah...

So, kepada sesiapa yang ingin membuat pesanan atau bertanyakan tentang SPC boleh la menghubungi saya di 012-5235521 atau menghantar email ke sweetprincesscuppies@gmail.com

thanks..
Blog Widget by LinkWithin