Thursday, December 31, 2009

HAPPY NEW YEAR 2010.....

Salam...
Sweet Princess Cuppies ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 kepada semua..semoga tahun baru ini akan lebih baik daripada tahun lepas....insya'allah...

Gook Luck...

Salam..
Order kali ni untuk cotton cheese cake dari Ina. Tapi kali ni special request untuk letak lettering ucapan good luck. SPC tanya kenapa..rupanya sepupu Ina akan melanjutkan pelajaran ke KL minggu depan..so SPC dapat idea untuk tambah graduation hat and diploma scroll..made out of fondant...hehehe..

Bila lagi nak menggunakan ilmu yg dipelajari baru2 ni..alhamdulillah Ina menyukainya...

Q Bean again..

Salam
Another delivery to Q Bean Tesco Sungai Petani Selatan.. alhamdulillah sambutan semenjak dua menjak ni amatla menggalakkan...

Wednesday, December 23, 2009

From SP to KL..

Salam,,,
entri kali tentang perjalan cuppies dari SP (Kedah) ke Kuala Lumpur...order dari my sis, Kak Julie. Dia nak 25pcs orange cupies with buttercream icing. Dia minta buatkan aising ikut resepi yang lama and not the new one. SPC pun ikut sajalah...pening juga nak fikir design camna nak buat. Walaupun utk kakak, tp still kena maintain...so inilah hasilnya....

Kak Julie dah makan and kata sedap...alhamdulillah...now..should i charge her deliviery charges????? ahaks...

Cuppies at Q Bean..

Salam,
SPC telah menghantar 2nd delivery ke Q Bean (Tesco Selatan). Kali ni guna cuppies tiers yg baru. Design pun lebih cantik banding yg sebelum ni. SPC hantar pg ahad. Sekali dalam tengahari, SPC dpt call daripada Esther yang cuppies dah nak habis and dia minta tambah. SPC bagitau la yang tak ada extra sbb ingat tak boleh nak jalan. lagipun SPC nak turun kl so tak nak la buat byk2 and tinggal. Tak fresh.



Yang ni pula, pics of the latest delivery ke Q Bean..


Cheese Cake lagi....

Salam..
Semenjak dua menjak ni SPC asyik dok buat cheese cake je...kali ni cheese cake yang ada dua topping.. request dari hubi. dia nak bawa g umah kawan. Letak topping blueberry and strawberry. Lawak juga la tgk. SPC punya nephew pun punyala makan. Dia kata sedap... Kawan2 hubi yang mkn pun kata sedap. Alhamdulillah..


Berat cheese cake ni lebih kurang 400gm...kecik je...hubi minta buat yg kecik..saja bagitau..mana tau ada yang order...

Cuppies Box..

Salam..
SPC kini menyediakan kotak cuppies yang boleh digunakan sbg pemberian kepada tetamu di majlis perkahwinan atau utk sebarang majlis. Memandangkan kotak ni, SPC beli kat KL, kepada sesiapa yang berminat hendaklah memaklumkan kepada SPC sekurang2nya 1 (satu) bulan awal daripada tarikh diperlukan..

Pandangan hadapan kotak.

Pandangan belakanga kotak. Kotak hijau bersaiz lebih besar daripada yang maroon ni.

Kotak corak cuppies yang so la cute...



Ketiga2 kotak mempunyai window cutting.


500 cuppies....

Salam..
Alhamdulillah SPC berjaya menyiapkan order Kak Sharifah (Laguna Merbok) sebanyak 500 biji cuppies with dome casing and simple aising design... sempena kenduri kawin anak kak Sharifah..


Terima kasih kepada kak Sharifah sbb memberi kepercayaan kepada SPC. Insya'allah kita akan berurusan lagi...

Maroon Love Cake..

Salam,
Love cake ni juga diorder oleh Akma bersama dgn cuppies pertunangan. Dia kata yang ni untuk pihak lelaki tema warna maroon. Mula2 pening juga dok fikir camna nak bancuh kale utk dptkan warna maroon..sekali semasa attend class fondant dgn Ila ada nyatakan kerisauan utk kale ni..sekali dia tunjuk dia ada kale maroon jenama Americolor..terus minta beli dari dia...thanks Ila..


Ni lah hasil..mentang2 dah attend fondant class, terus guna apa yg dipelajari..walaupun simple..insya'allah akan diperbaiki di masa akan dtg. Alhamdulillah Akma komen kek cantik..

SPC berharap akan dpt order lagi dari Akma..mana tau utk wedding dia pula..ahaks..




Cupcake utk Akma

Salam,
Cuppies ni di order oleh Akma sempena pertunangan dia over the weekend. Design dia minta ikut design dari Ita and alhamdulillah dapat keizinan utk follow the design..thanks Ita..

Ni lah hasil nye...boleh la ala2 dekat cam yg dia minta..ahaks....

Wednesday, December 16, 2009

Order Nephew..

Salam..
Kali entry order my nephew..dia pun minat cheesecake. Aritu masa buat utk kak Hanim, dia punyala makan. Naseb bek hubby SPC minta buatkan cheesecake so bolehla buatkan untuk dia. Punya la dia seronok bila bgtau cheesecake ni utk dia mkn...


Monday, December 14, 2009

Hubby punya order..

Salam..
Kali ni SPC dpt order special dari hubby. Dia nak bawa g ofis besok. Tp dia tak mau saiz cam selalu SPC buat sbb dia kata tak ramai kat ofis.. So SPC pun g beli bekas baru and buatla cotton soft japanese cheese cake. Siap sapu dgn blueberry lagi..1 adunan dibahagi 2. Sebahagian lg buat utk makan.


So kepada sesiapa yg ingin membuat pesanan boleh la menghubungi SPC melalui email atau hp...

Sunday, December 13, 2009

Kak Hanim n cheesecake..

Salam..
Last friday, 2 cousin SPC mai kedah..saja nak jenguk ayah SPC sbb the last time they were in kedah time kak cik kenduri. Hubi and SPC and the 2 little chicos ikut la. Riuh juga Yasmin dok tnaya itu dan ini. Then tiba2 sedar yang dia senyap je duduk kat belakang...rupa2nya dia dah terlena...cian...

Kak Hanim mai dgn Kak Dib, depa ni adik beradik sebelah arwah mak. kitaorng mmg close.. Malam tu kami sembang sampai kul satu lebih. The next day, since were sembang2 and lepakking kat depan...tiba2 kak Hanim minta buatkan cheesecake. Nasib baik ada cheese. Cuma kena beli susu and telur saja. SPC pun buatla Cotton Soft Japanese Cheesecake..

Ni la Kak Hanim tgh menikmati cheesecake SPC. Dapat pujian tau...pujian ikhlas dari seorng pelanggan...

Ni la cheesecake siap dgn blueberry topping...

Tuesday, December 8, 2009

Thank you ChunkyBitesCakes...

Salam..
Entry kali ni bukan la abt order yg SPC terima..tp abt order yang SPC buat. Last monday birthday ofismate SPC kat our Johor Branch office. So SPC dan sorg lg kwn order cuppies for her. Mula2 nak order dari Cuppacake B'licious tapi mmandangkan Batu Pahat and JB jauh, dia suggest order from Chunky Bites Cakes based in JB. Sembang2 and arrange for the suprise delivery..
Pic ni Kak Su yang emailkan..Dia mmg suprise and suka la sgt. Thanks Chunky Bites Cakes. Insya'allah kita akan berurusan lagi...




Monday, December 7, 2009

Happy Birthday Ady...

Salam..
Order diterima daripada Izaima (Gurun). Minta buatkan birthday cuppies perisa choc utk Ady. Nak tema love and bunga2.. Ni la hasilnya..

SPC dapat email dari Izaima..dia kata hubby dia suka sgt. Ofismate dia pun compliment kata cantik....Alhamdulillah..

Selamat Pengantin Baru..

Salam...
Order diterima daripada Akmar (org sama yg order 1000 mini cuppies). Dia minta buatkan 2 set hantaran untuk kawan dia bertemakan warna merah bagi pihat perempuan dan ungu bagi pihak lelaki. Hari tu masa dia dtg jumpa SPC, dia tanya idea utk mendeko. SPC bg cadangan letak edible pic pengantin.


Akmar kata okay juga. Something different. Akmar terpaksa email 2 kali pic pengantin sbb yg pertama tak berapa jelas..takut nanti bila dah buat gbr tak clear. Edible pic ni order dari Mai Edible




Kira, so far, Akmar pelanggan SPC yang paling byk order...terima kasih..insya'allah kita akan berurusan lagi di masa akan datang..mana tau lepas ni SPC buat hantaran untuk majlis Akmar pula...ahaks...




1000 mini cuppies...

Salam...
Dpt order utk 1000 mini cuppies...order daripada Akmar (yg aritu order onbehalf of her makcik cuppies bertunang). SPC buat 1000 mini cuppies perisa coklat..mmg malam tu mimpi mini laaaa.....ahaks....SPC terpaksa minta tolong kakcik utk calitkan aising dan tabut sprinklers..dia pun kata mlm tu dia mimpi mini....ahaks...
Akmar kata minis ni utk majlis perkawinan sepupu. Saja nak bagi.. Thanks for the order..

Fondant Class...

Salam..
Alhamdulillah..setelah beberapa kali reschedule..akhirnya SPC dapat menghadiri kelas fondant yang dianjurkan oleh Ila
SPC register untuk kelas ni semasa mengandung lagi. Tp sehari sebelum tarikh kelas, berlaku sedikit komplikasi so terpaksa tunda. Nasib bek Ila okay.


So, pada 5 Dec yang lepas, SPC berjaya menghadiri kelas fondant dan belajar teknik menghasilkan fondant sendiri dan design2. Inila antara hasilnya...insya'allah SPC boleh ingat semua teknik yg diajar..kalau tak..terpaksala call balik sifu...ahaks...

Thanks Ila.....walaupun SPC lupa nak bawa balik nota...nanti email k....





Orange Cuppies..

Salam...
Entry kali ni nak tunjuk pic yg SPC buat utk doorgift utk kenduri pertunangan Ayuni. Dia nak bagi kepada kengkawan yg datang. Ayuni minta packing 4pc dan 6pc. Perisa orange. Dia nak something simple. Senang juga berurusan dgn dia.


Selamat bertunang kepada Ayuni..insya'allah kenduri nanti order dgn SPC kay...ahaks...


Blog Widget by LinkWithin