Wednesday, February 24, 2010

From SP to KK

Salam..
Entry kali ni tentang order yg SPC buat sempena best fren kat KK. SPC order dari Halen
Ni kali kedua SPC order dari Halen utk Lina.

Kepada sesiapa yang ingin mengorder untuk kengkawan yg berada di KK leh la menghubungi Halen...Thanks again Halen..insya'allah kita berurusan lagi...

Mini Cuppies...

Salam..
Mini cuppies ni saja buat utk sample. Letak dlm square casing. Okay tak?



Order Kak Julie..

Salam..
Order ni datang dari my sis, Kak Julie. Dia ni stay in KL tp akan berada di penang untuk meeting. SPC pun dah beberapa kali bawa turun cuppies ke KL untuk dia setiap kali outstation. Dia minta buatkan orange and buttercake cuppies.


Thanks kak chak...enjoy...

Cuppies Oren & Buttercake..

Salam..
Kak Julie (my sis) akan berada di Penang utk meeting. Dia dtg dgn kawan dia, Kak Tim. So, depa buat pesanan utk 25 oren cuppies dan 25 buttercake cuppies. Kak Tim dah beberapa kali nak buat order dgn SPC bila SPC outstation ke KL, tapi, tak jadi..tak ada rezeki lagi la time tu..



Alhamdulillah kali ni menjadi..Thanks Kak Tim..

Selamat Bertunang Yana...

Salam..
Order kali ni datang dari Yana (ofismate Ija). Yana minta chocolate cake (1kg) untuk dijadikan hantaran sempena majlis pertunangan dia hujung minggu ni. Kelam kabut sikit sbb nak tempah edible pic.. ada yg minta lead time 5 hari..so memang tak sempat.. sms beberapa kengkawan yg boleh buat... in the end order dgn Rani


Alhamdulillah..selepas 3 kali email gbr kat dia, terhasillah edible pic untuk kek SPC.

Utk hiasan pula..SPC pada awalnya dah ada idea design yg nak digunakan. Tapi bila berdepan dgn kek, teringin pula nak cuba design yg len...korang tau apa jadi???? HIASAN TAK MENJADI... dia jadi tak elok...tension... in the end buat balik. Ikut design yg mmg nak guna.. alhamdulillah SPC berpuashati...

Harap Yana pun berpuashati... SPC ingin mengucapkan Selamat Bertunang kepada Yana. Insya'allah kita berurusan lagi... kenduri kawin lak ke....ahaks...




Cheese cuppies..

Salam..
Ni SPC punya cheese cuppies. Adunan extra dari cheesecake..saja buat letak dlm papercup and sapu dgn strawberry jam and letak strawberry and jalur blueberry...sedap...ahaks...


Strawberry Cheese Cake untuk mkn ngan kengkawan..

Salam..
Entry kali tentang order dari SPC sendiri. Last saturday best fren SPC, Mimi, buat makan2 kat rumah dia kat Laguna Merbok. Makan bihun sup yg mmg sedap..yum yum.. SPC buat cotton cheese cake dgn strawberry topping dijaluri dgn blueberry jem..


Alhamdulillah mendapat komen yg best. Mimi siap bw g sekolah and bg kengkawan dia mkn. Depa pun komen sedap...alhamdulillah...

Order dari Akmar..

Salam,
Repeat order untuk chocolate moist cuppies + chocolate ganache + strawberry + hirisan white chocolate ni dtg dari Akmar. Dia ni dah antara pelanggan tetap SPC. Dia minta buatkan dua set 16 biji cuppies + 10 biji cuppies.



Alhamdulillah...senang hati SPC... Insya'allah kita berurusan lagi...

Tuesday, February 23, 2010

Cake for Kak Cik..

Salam..
Order kali ni datang dari Kak Cik (my sister). Haritu ada bagi dia cuba "Cuppies Special Offer" and dia kata sedap (alhamdulillah). So dia pun place order. Tapi dia nak cake chocolate moist. And..special request...extra chocolate ganache dalam bekas berasingan. Dia nak cicah...hehehe..


Sukala sgt tgk chocolate ganache ni meleleh...gulp....



Susun strawberry and hirisan white chocolate.. Alhamdulillah Kak Chik suka and kata sedap... Insya'allah dia order lagi...

Monday, February 15, 2010

Happy Birthday Andi...

Salam..
SPC dpt panggilan dari Husna bertanyakan tentang "Special Offer" sempena cuti hujung minggu yang panjang. Tapi, dia nak 25 pcs utk diberikan kepada Andi sempena birthday dia hari ni..

Design chocolate moist cuppies + chocolate ganache + strawberry + hirisan white chocolate.. SPC mengucapkan happy bithday kepada andi...semoga panjang umur..insya'allah..

16 pcs for Akmar...

Salam..
Satu lagi order dari edisi "Special Offer" datang dari Akmar (dia ni pernah order hantaran cuppies letak edible pic pengantin) untuk kawan dia dari Alor Star.


Chocolate moist cuppies + chocolate ganache + strawberry + hirisan white chocolate...

Order dari Cik Ernu...

Salam...
SPC gembira sgt dapat sms daripada Cik Ernu Rezuana. Dia minta buatkan cotton cheesecake with blueberry topping.

SPC gembira kerana ini order ulangan yang ketiga dari dia..alhamdulillah... Terima kasih Cik Ernu..insya'allah order lagi kay... ahaks...

Strawberry chunks...

Salam..
Sempena cuti hujung minggu yang panjang, SPC haritu ada post tentang Special Offer for chocolate moist cuppies + chocolate ganache+ simple design..well ni adalah antara design. Simple..memadai dgn harga yang ditawarkan...

Strawberry dipotong dan ditabur atas chocolate ganache. Alhamdulillah..kali ni menjadi chocolate ganache SPC Dijaluri pula dgn strawberry jem...

Order ni untuk Muzalifah, yang order untuk makan2 di family gathering, dan untuk Zulita, untuk makan dgn family juga..Alhamdulillah respon daripada mereka amatlah membuat SPC tersenyum lebar...alhamdulillah...

Thanks Aunty Zakiah..

Salam..
Order untuk Cotton Cheesecake with strawberry topping datang dari Aunty Zakiah. Aunty Zakiah ni merupakan kawan lama arwah mommy dan daddy SPC. Kira memang dah lama la kenal. Tahun lepas, dia merupakan antara yang mengorder dari SPC cotton cheesecake utk raya.. (post : Marathon Cheesecake). Terharu bila dia sms minta buatkan cotton cheesecake sekali lagi. Strawberry topping with strawberry.



Malam semasa hantar ke rumah Aunty Zakiah, tersenyum melihat cheesecake. Alhamdulillah...

Chocolate Ganache pertama ku....

Salam...
Buat pertama kalinya buat cuppies menggunakan topping chocolate ganache..mmg tak pernah cuba sebelum ni. Terima kasih kepada Ila atas tip yg diberi. Maklum la SPC masih baru...


Memang benar pepatah org putih..practise makes perfect...so kali pertama mmg tak berapa menarik.. semangat nak menggunakan strawberry...sekali tgk...TENGGELAM...argh...

Tengok tu...siap meleleh lagi...tapi SPC tidak akan berputus asa memperbaiki diri bagi memenuhi permintaan pelanggan...insya'allah...

Sunday, February 14, 2010

Balik Kampung...yea yea yea..balik kampung...

Salam...
Kelmarin SPC balik kg kat Lubuk Meriam sbb nak tlg makngah pindah umah (pindah dkt umah tok). Hubi minta buatkan soft cheese cake dgn topping strawberry untuk bawa balik kg. Jamu family mkn. Boleh saja..kebetulan dlm fridge ada strawberry..so SPC pun susun la strawberry keliling cheese cake...then saja..pi potong kecik2 and tabur pula...maklumla..for family kena wat special kan...


Fuuuhhhh...siap meleleh lagi.....hehehhe...


Alhamdulillah bila family yg len menjamu, mendapat pujian...leh la order..hehehe....tapi ada juga dpt KOMPLAIN.... tak cukup....hehehe....bawa sebiji je...len kali bw byk sikit....insya'allah...


Friday, February 12, 2010

For the boss...

Salam...
Terlebih dahulu, SPC ingin mengucapkan Happy Chinese New Year kepada mereka yg menyambut Year of The Tiger....dan selamat bercuti.

Okay, kali ni order dari SPC and ofismate utk diberi kepada boss. Tema...sudah tentu..tema cny...SPC order edible pics dari Diana Delight

25 chocolate moist topping chocolate ganache and strawberry.. Rupa2nya pic yg tgh, yg ada chinese leterring tu, tertulis perkataan "TIGER". So mmg sesuai la sgt letak kat tgh. hehehe...



Monday, February 8, 2010

Special Offer 2010.....

Salam...

SPC akan mengadakan promosi smpena cuti hujung minggu ni yg panjang...(13/02 - 16/02) iaitu...

1. 16 choc moist cuppies (S) = RM25.00
2. 25 choc moist cuppies (S) = RM38.00

topping choc ganache n simple design...

sesiapa yg berminat utk order, sila sms ke 012-5235521 sebelum 11/02/2010.

terima kasih...

p/s : harga tidak termasuk caj penghantaran..

Sunday, February 7, 2010

Ice Bowl..

Salam..
Cantik tak????? Ni la ice bowl...siap ada hiasan ulam lagi...tp...bukan SPC yg buat...kuang kuang kuang... Mangkuk ni bfrem SPC yg buat. My fren ni mmg byk masa memandangkand ia suri rumah full time... Cantik kan....


Q Bean - Biru Putih

Salam..
Tempahan kali ini diterima melalui Q Bean (Tesco Sg Petani Selatan) utk satu majlis sebuah company. Mereka beringinkan buttercake cuppies dgn buttercream aising kale biru putih.


Selamat Pengantin Baru Ida..

Salam...
Mungkin sekarang ni musim tema putih hijau kot??? anyway, satu lagi tempahan utk tema kale hijau putih dari ida yg telah melangsungkan majlis perkahwinannya minggu lepas. 500 chocolate moist dgn buttercream aising. Ida telah memilih design dari salah satu entry awal2 dulu.


Memang senagn deal dgn dia ni, dia dah wat tempahan seawal bulan december 2009. ingatkan saja nak tanya2 dulu, sekali tgk dia terus nak tempah..alhamdulillah... SPC mengucapkan selamat pengantin baru kepada Ida dan suami..semoga berkekalan ke akhirnya..insya'allah

Ku Lihat Hijau....

Salam...
Cuppies kale putih hijau ni dipesan oleh jiran SPC utk majlis cukur jambul anak menakan dia. Design simple. Buttercake dgn buttercream aising.


Selamat Pengantin Baru...Wawa..

Salam...
Order diterima daripada Wawa utk majlis akad nikah. Nak bagi kepada tetamu yg hadir. Tema kale putih maroon. Design nak yang simple.


100 biji buttercake cuppies dgn buttercream aising. SPC mengucapkan selamat pengantin baru kepada Wawa dan suami.

Harap2 dpt order utk majlis kenduri nanti...insya'allah..ahaks...

Blog Widget by LinkWithin