Monday, July 26, 2010

Princess Doll cake untuk Ija..

Salam..
Order kali ni dtg daripda Ija.. dia ni adik mmber baik SPC dan jg merupakan antara kengkawan yg byk menyokong SPC. Dia minta buatkan kek untuk sambut birthday dgn keluarga. Tahun lepas dia order cuppies bertemakan sesame street. kali ni dia nak order kek pula. SPC yg cadangkan kepd dia Princess Doll Cake ni. Okay juga dia kata...forever young..heheh...


Terhasillah 1kg choc moist + buttercream aising. Saja letak pic princess kat skirt. heheh... Okay tak?




Kepda Ija, SPC mengucapkan Selamat Hari Lahir. Semoga panjang umur n murah rezeki.. insya'allah kita berurusan lagi.. tahun depan ke.... ahaks.. (";)


Choc Moist untuk Intan Hartini..dari

Salam..
1/2kg choc moist + choc ganache ni ditempah oleh Intan Hartini. Dia ni kira geng bus SP-Butterworth. Baru2 ni SPC dpt tau yg dia accident sbb skrg dia dah nek moto g keja...kesian.. tp alhamdulillah dia tak terus sgt. cuma tangan patah..

Last sunday, SPC g hantar la kek ke rumah dia.. tgk dia pun sihat la..leh jln2 n layan tetamu yg dtg..heheh...

dpt sms dari Tini belah malam tu....thx a lot. mmg sedap sgt.. alhamdulillah. Insya'allah kita berurusan lagi...

Princess Cake for Yasmin...

Salam..
Kek kali ni ditempah khas oleh Yasmin..daughter SPC. dia asyik dok minta buatkan kek princess..so.. kebetulan minggu ni ada order, so..alang2 dah kena bancuh.. terus bancuh extra untuk dia. Mula2 dia minta letak kan pic Sponge Bob, lepas tu Toy Story..finally dia minta Princess...


Pic beli dari kedai je... so terhasillah untuk Yasmin tersayang 1/2kg choc moitst + buttercream aising + edible pic...seronok bukan main dia tgk ada kek princess untuk dia. "terima kasih ibu sbb buatkan kek princess untuk kakak" itula ucapan...sejuk hati... sama2 sayang...

Monday, July 12, 2010

Toy Story vs Cars...

Salam...
Entry kali ni tentang order yg SPC terima daripada Fanty, kawan lama SPC. Dia minta buatkan 2 set 16 bj choc moist cuppies sempena nak menyambut harijadi anaknya. Fanty minta sertakan edible pic tema Toy Story dan Cars.


Fanty nak buat kenduri sikit n nak bagi kat kanak2 mengaji dekat umah dia. SPC mengucapkan terima kasih kepada Fanty. Sorila SPC tak dpt pi kenduri mlm tu... insya'allah next time...
SPC order edible pics daripada Mai Edible Image




Friday, July 9, 2010

Happy Belated Birthday Acap & Nina

Salam.
Tempahan kali ini datang dari ofismate SPC sendiri. Kak Salmah minta buatkan 25 choc moist + buttercream aising + edible pic anak2nya, Acap n Nina. Nak sambut birthday. Birthday anak2 Kak Salmah sebenarnya bulan june yg lepas, tapi time tu SPC mmg tak dpt memenuhi permintaan Kak Salmah.


Alahmdulillah, rezeki masih ada. Kak Salmah minta jga buatkan bila dah tak sibuk. So, ini lah hasilnya. Thanks kepada Mai Edible Image kerana menghasilkan edible pic ni. Terima kasih jg kepada Kak Salmah sbb menempah dgn SPC. Insya'allah kita berurusan lagi..


Tuesday, July 6, 2010

Happy Birthday Nabil..

Salam...

Minggu lepas, SPC dan family turun ke KL utk lawat adikberadik. Sbelum tu dok ber MSN dgn Kak Nieta (ofismate SPC kat Sri Hartamas)... tup tup... dia minta buatkan birthday cuppies untuk anak lelakinya Nabil and bawa turun ke KL. Nabil ni peminat pasukan MU. SPC cuba utk dptkan edible pic bertemakan lambang MU, tpi tidak berjaya. SPC cuma berjaya mendapatkan edible pic MU bersama pasukan lain. Tp takpa, Kak Nieta bgtau yg Nabil tetap suka...


Anyway, SPC mengucapkan Happy Birhtday kepada Nabil. Kepda Kak Nieta, thanks... insya'allah kita berurusan lagi...

Ibu Love U....

Salam,
Coklat kek (1/5kg) + chocolate buttercream aising ditempah oleh Roylinda (FB) untuk anak2 dia yg stay kat Taman Sejati, Sg Petani, Kedah. 1st time SPC dpt order untuk buttercream perisa coklat...


Kasih sayang seorang ibu tak akan putus walaupun berjauhan. Thanks Linda sbb menempah dgn SPC. Kalau Linda tak tempah, SPC takkan tahu yg kat SP tu ada dua tm sejati. Yg dkt parkson tu rupanya Taman Sejati Indah...hehehehe... baru ku tahu...
Insya'allah kita berurusan lagi... thanks again..

Kueh Raya Ke Selangor Lagi....

Salam,
Ramainya ibu mengandung yg mungkin tak sempat nak menikmati kueh raya bulan August nanti.. Tp apakandaya, SPC tidak dpt nak memenuhi permintaan sbb SPC jd org tgh je...

Anyway, kueh Almond London dan Nastar ni ditempah oleh Fidah Jamat (FB). Dia ni kawan dgn Nur Ainatul Fitriah....agaknya dia terbaca kat wall FB tentang penghantaran kueh raya SPC. Maka dia pun inbox SPC bertanyakan samada boleh order dan minta hantar ke Selangor. SPC tanya kozen, and dia kata okay.



Insya'allah penghantaran akan dilakukan hari ni (06/07/10). Kepda Fidah, selamat menjamu selera...insya'allah kita berurusan lagi..

Kueh Raya utk Nur Effa...

Salam,
Kalau aritu SPC tulis tentang order kueh raya untuk Nur Ainatul Fitriah (FB), kali ni, SPC tulis pula tentang seorg lagi ibu mengandung yg teringin makan kueh raya. Tapi, kueh tu tak la dipos ke Selangor. Nur Effa ni org Gurun n husband dia keja kat SP.

Nur Effa tak sure nak kueh yg mana, so SPC rekemen Bright Eye Susan (sudah tentu my favorite). Alhmadulillah, penghantaran telah berjaya dilakukan kelmarin. Semoga Effa berpuas hati dgn kueh ni.. insya'allah kita berurusan lagi...
Blog Widget by LinkWithin