Tuesday, March 23, 2010

My Doll Cake..

Salam..
Akhirnya tercapai hajat SPC untuk buat doll cake. Dah lama beli cuma belum berkesempatan untuk buat. Finally, last friday, memandangkan kena buat kek untuk kak Zua, so sekaliharung buat doll cake. Lagipun Yasmin dah banyak kali minta buatkan kek untuk dia.



Berat kek +-1kg. Camna okay tak? So, sesiapa yg nak order doll cake leh la wat dgn SPC. Insya'allah...

My 1st Student...

Salam...
Sebelum ni, SPC ada terima beberapa panggilan bertanyakan tentang class cuppies and decorating. Terharu jugala sbb ada yg sudi nak belajar dgn SPC padahal, SPC sendiri masih dlam proses pembelajaran. Tapi, akhirnya SPC mengambil seorang pelajar. Dia ni dah banyak kali minta diajar..minta plastik la..minta aising nozzle la...so last2 SPC ajar la dia...hehhee..


Hehehe..ni la Yasmin...my daughter.. Masa buat aising utk kek last saturday, dia pun sibuk nak buat. So, SPC pun bagila dia piping bag and nozzle and siap bg aising lg... seronok tak terkira...

Tengokla betapa tekunnya dia praktis dgn nozzle atas kertas.. package buttercream and fondant sekali...ahaks...

Ha....ni la hasil Yasmin...hehehhe...okay tak for 1st time student...hehehhe..











Selamat Harijadi Tok...

Salam..
Entry kali ni tentang order daripada Kak Zue sempena harijadi mak. Kak Zue ni dah pernah order dgn SPC tahun lepas untuk birthday ayah dia. Time tu dia stay kat kl..kali ni dia bgtau dia dah pindah ke Johor.. Terkejut juga dpt call dari Kak Zue. hehehe


Kak Zue minta buatkan 1/2kg chocolate cake dgn hiasan bunga2an. Tapi dia pesan..jgn wat cantik sgt sbb nanti takut mak tak nak makan... hehhe... Kak Zue call petang jumaat, and dia minta hantar sabtu esoknya...SPC pun terus start buat kek bila balik umah malamnya.

Aising pula wat the next day. Bangun kul 430pg sbb susukan baby, so terus bangun and start wat aising.. Heheh..wat design basket weave lagi...praktis.. harap2 Kak Zue suka.. Insya'allah kita berurusan lagi...thanks kak zue..




Kek Masam Manis..

Salam,
Tak...SPC tak buat kek ni..kek masam manis ni dibuat oleh Makcik Ju (kwn SPC). Makcik Ju ni memang pandai buat kek lapis, kek masam manis, kek lumut and kek buah. Kek masam manis ni di tempah oleh kawan dia sempena majlis pertunangan anaknya. Dia minta SPC buatkan tulisan "Selamat Bertunang".


Mula2 ingat nak buat guna buttercream je..tp tukar fikiran and guna fondant pula. Saja nak berlatih dgn fondant.


Bunga tu pun SPC yg letak..tak nak bagi nampak kosong. Alhamdulillah Makcik Ju okay. So, sesiapa yang nak order kek masam manis bolehla menghubungi SPC k.


Wednesday, March 17, 2010

Teddies..

Salam..
Wedding cake ni SPC buat untuk kawan SPC. Actually kek ni balance daripda adunan chocolate moist yg kak Ogy order. Basketweave design..cam seronok pula wat basketweave... konon nak buat bunga tu melingkar dari bawah..tp bila dah siap cam len la pula..tp cam okay.. ahaks.. bear tu pula dicucuk dgn lidi..okay tak?







Wedding Doorgift..

Salam,
Order kali diterima daripada member lama yg pada suatu ketika dahulu sama2 nek bus balik sp dari btrworth.. Yana. Dulu dia attach to MBB Btworth tp dah transfer ke MBB Gurun. Dia order untuk dijadikan doorgift sempena kenduri kakak dia. 100 buttercake budget cuppies yg diletak dlm dome casing dgn tempekkan riben dan bunga kristal.


Masa Yana kenduri dulu, SPC tak dpt pi sbb kakak sendiri kenduri pada hari yg sama. Anyway, thanks for the order and insya'allah kita akan berurusan lagi.

Chocolate Moist Kak Ogy

Salam,
Kak Ogy minta buatkan cake chocolate moist untuk dijual di Carnival Water Park sempena cuti hujung minggu. So SPC pun buatla kek and sapu dgn chocolate ganache and tabur2 colourful rice..Alhamdulillah kak Ogy bagitau kek mendapat sambutan yang menggalakkan.


Singgahla di gerai Kak Ogy di Carnival Water Park Sungai Petani. Dia jual macam2. Kek ada, jeruk ada, keropok ada..wafel pun ada..so singgah la...

Bye bye....

Salam...
SPC ingin mengucapkan bye bye kepada penimbang SPC yg telah banyak berjasa sepanjang pembabitan SPC dlm dunia baking ni. Memang sedih bila peminbang rosak.. rasanya hook spring patah sbb jarum tak bergerak... good bye...


Mini Cuppies Akmar...

Salam..
Sekali lagi order diterima daripada Akmar untuk 250 biji mini cuppies perisa coklat. Ada cerita disebalik ni...Akmar bagitau dia nak ambek hari jumaat..so SPC pun siapkan semua malam khamis sebelum tu. Pagi jumaat SPC pun pi keja...sekali dpt msg dari Akmar bertanyakan samada SPC ada kat umah ke tak. Terkejut juga la sbb SPC time tu ada kat ofis. Terus call Akmar. Rupa2nya dia nak ambek tengahari sbb nak hantar ke rumah kawan kat Jeniang.. Risau juga dibuatnya.. Cuba utk dptkan bantuan my sis utk pi rumah and jumpa dia, tp sis pula tinggal hp kat rumah..hampeh betul...


So in the end, SPC ambil halfday leave and terus balik. Cun2 sampai rumah Akmar pun sampai.. Mmg SPC minta maaf sbb tak tau yg dia nak mai ambek.. Heheheh..


Anyway, terima kasih kepada Akmar sbb order dgn SPC. Insya'allah kita berurusan lagi...

Monday, March 8, 2010

My First Fondant Cake...

Salam..
Ni dia kek fondant pertama hasil SPC. heheheh... aritu ada order untuk mini cuppies, bila dah setel..ada lebihan adunan..takka nak buangkan...so SPC buat kek. Mula2 nak hias dgn buttercream cam biasa...then..jeng jeng jeng jeng... teringat nak cuba sesuatu yg baru... alhamdulillah menjadi.. okay tak?... ahaks..


So..sesiapa nak order kek fondant leh la..insya'allah...
Blog Widget by LinkWithin