Friday, April 30, 2010

Selamat Hari Ibu..

Salam..
Ni order pertama SPC terima sempena sambutan Hari Ibu bulan Mei nanti. Order dtg dari Zulita. Dia ni mmg support sungguh SPC sbb dari dulu sampai skrg masih membuat order dgn SPC. Zulita order 500gm chocolate moist cake (mcm yg dipromosikan oleh SPC). Minta tema kale ungu sbb mak suka kale ungu.


Ni la hasilnye... siap letak strawberry lagi... harap2 mak suka... Insya'allah kita berurusan lagi..thanks..

Kepada sesiapa yg ingin membuat tempahan sempena hari ibu,leh la menghubungi SPC sbb SPC ada buat special offer....

Cotton Cheesecaek sbg hantaran..

Salam..
Rasanya dah beberapa kali SPC buatkan cake atau cuppies utk dijadikan set hantaran..samada kawin atau tunang. Kali ni, SPC buat cotton cheesecake sebagai hantaran. Hantaran ni untuk anak Kak Zee yg akan menikah pada hari jumaat ni (30/04/10). SPC dah hampir 10 tahun kenal Kak Zee. Sama2 kejar feri dan bus..ahaks...


Tema kale hitam + putih + merah.. SPC buatkan cotton cheesecake sgn topping strawberry jem dan buah strawberry. Dicucuk dgn ucapan Selamat Pengantin Baru...




Smiley...

Salam..
16 chocolate moist cuppies di order oleh Iena..adik Zulita. Dia nak bw g ofis utk mkn dgn ofismate yg nak resign hujung bulan ni. Dia kata taknak sedih2..so ni la hasilnya... hehehe..



Insya'allah kita berurusan lagi..

Purple Hantaran..

Salam...
16 chocolate moist cuppies ni diorder oleh Kak Ida (MSIG). Dia minta buatkan satu set untuk dijadikan hantaran sepupu (rasanya) yg akan menikah hari jumaat ni (30/04/10). Tema kale purple dgn simple design.



SPC guna buttercream dan fondant bunga.. Selamta Pengantin Baru kepada sepupu Kak Ida. Insya'allah kita berurusan lagi.

Ben 10 untuk Danial Haziq

Salam..
Order kali ni diterima untuk 25 chocolate moist cuppies dari Kak Salmah..ofismate SPC. Hari tu dia tgk cuppies yg SPC buat untuk Kak Wati..so dia pun berkenan nak order sempena bufday anaknya, Danial Haziq. Dii minta buat tema Ben 10 sekali dgn edible pic. Ni kira last minit jg order.. Risau jg takut tak sempat nak dapatkan the pics. Alhamdulillah..sempat order dari Diana Delight

Ni la hasilnya...Alhamdulillah mendapat respond yg memuaskan daripada kak Salmah. Insya'allah kita berurusan lagi..

Tuesday, April 20, 2010

Order dari Taiwan...

Salam...
Order ni diterima daripada Encik Nazran. 16 fondant cuppies dgn ucapan Happy 4th Anniversary, B syg Lyn... Gembira hati SPC dpt order. Alhamdulillah. Then tgk2, ada another email dari dia..so SPC cuba call nal konfirm order. Tak dpt..cuba number yg satu lagi..dpt...rupa2nya En Nazran ni tak ada di Malaysia...tp kat Taiwan... keja 'off-shore'.. patutla tak dpt call.. so SPC berbalas email je la dgn dia.

Dia nak suprise wife dia sempena ulangtahun perkahwinan mereka. SPC terima sms dari dia "kak nojie, thanks ye..comei cupcake no..nti berurusan lg ye..." Alhamdulillah...insya'allah berurusan lagi....

Vroomm....vroommm....

Salam..
Order kali ni dar Kak Wati.. ofismate SPC..sempena birthday hubby. Hubby dia minat kereta.. so SPC order edible pics lambang kereta2 hebat and tempek atas 25 biji chocolate moist cuppies.


We love you ayah.. itulah ucapan yg Kak Wati minta letak atas cuppies. SPC guna fondant lettering and base.. Cuppies dihantar ke pejabat hubby sbb Kak Wati nak suprisekan dia.

Peach Flowers for Kak Tim...

Salam..
Order ni untuk kawan Kak Julie.. Kak Tim yg dibawa ke kl bersama dgn Spider Man cuppies. Alhamdulillah...ini kali kedua Kak Tim membuat pesanan.

SPC buatkan design peach flowers... Harap2 dpt order lagi dari Kak Tim...insya'allah..

Spider Man ke KL...

Salam...
Spider Man... Spider Man... (lagu tema movie Spider Man)..tp kali ni Spider Man nek keta gi KL... heheheh...

Order dari kakak SPC, Kak Julie yg duk kat KL. Dia minta buatkan 25 pcs orange cuppies. Penghantaran??? Kakak SPC satu lagi, Kak Ogy, kebetulan turun kl weekend aritu.. so kira pos kat dia... Caj penghantaran??? Depa pandai2la nego cam na nak wat...


SPC letakkan edible pic Spider Man and chocolate cars...

Alhamdulillah Kak Julie kata Shahir and Adam suka dgn cupcake yg maksu depa buatkan..hehehe... nanti leh order lagi...

Cheesecake utk Zaituliza..

Salam...
Zaituliza ni.. SPC kenal kat FB. Terbaca yg dia teringin nak makan cheesecake..so SPC pun request fren and dia terima. SPC tag pic cotton cheesecake hasil SPC and tidak lama lepas tu SPC memdapat tempahan daripda dia.. Alhamdulillah..


Rupa2nya Zaituliza ni ngandung 5 bulan...tu yg teringin nak mkn cheesecake.. Lagila SPC nak tunaikan order memandangkan SPC sendiri pernah ngandung and teringin makan itu ini..ahaks...
Alhamdulillah.. SPC terima sms ni dari Zaituliza.. trima kasih.sedap sgt.
Insya'allah kita berurusan lagi di masa depan....hehehe..

Princess Yushana

Salam...
Bukan... ni bukan order untuk doll cake... Actually order ni dari Yushana.. kawan Marina.. dia pun minta buatkan 25 pcs dgn packing 16 + 9 sbb nak bagi kat kawan.. Coklat moist..


Kalau untuk Marina, SPC letak Pooh Bea, untuk Yushana pula, SPC letak princess. Yushana ni peminat Disney Princess.. heheh..


Carnations for Marina..

Salam..
Order kali ni diterima dari Marina. Dia ni external auditor kat ofis SPC. Hari tu saja sembang2 bgtau tentang SPC..dia pun order sbb nak bg kat kawan dia. 25 pcs tp dia minta packing 16 + 9 sbb dia sendiri teringin nak makan..


SPC buatkan bunga carnation..nak kata sunflower..hmmm...cam tak kena...heheh.. Anyway, inila hasil dari SPC.


Yang ni pula the balance 9 pcs. SPC buat cam ni and tempek pooh bear kat tengah.. hehehe...








Friday, April 9, 2010

Alhamdulillah...

Salam...
SPC rasa terharula sgt sbb menerima award yg pertama semenjak berkecimpung dlm dunia blogging ni...terima kasih kepada Kak Syima dan Atiqah Najwa atas penganugerahan ini...



So...sekarang kena tunaikan syarat2 bagi penerimaan anugerah ini....iaitu...



1. Thank and link the person that gave you the award......DONE


2. Pass the award to 15 bloggers you've recently discovered & think are fantastic....AS BELOW:


1. Halen (KK)

2. Kak Shina

3. Kak Zue

4. Cup Cakes 4 You


5. Anne


6. Jemi

7. Awin


8. Alice n Iza

9. Kak Zai

10. Diana

11. Ila

12. Yus

13. Skinifet

14. Leiza



3. Contact said blogs and let them know they've won the award...AKAN BUAT

4. State 7 things about youself.....Hmmmmmm

* Isteri kepada Mohd Shahir Bin Azali

* Ibu kepada Yasmin (4 tahun) dan Umar Rayyan (6 bulan)

* Dulu minat buat xstich...tp sekarang minat baking..hehehe

* Anak bongsu dari 4 adik beradik..

* Sudah 10 tahun kerja dgn ofis yg sama....

* Suka bercakap...

* Agak debab....heheheh...






Monday, April 5, 2010

Doll Cake for Adreana...

Salam..
Minggu lepas, SPC dpt call dari Kak Hanim (Bertam) bertanyakan tentang doll cake. Happy la..maklumla..dah ada org bertanya..tp..malangnya terpaksa ditolak sbb dia minta buat untuk hari khamis. SPC tidak dpt memenuhi permintaannya sbb tak ada siapa nak hantar.. Takpala..ingatkan belum ada rezeki untuk berurusan dgn Kak Hanim.. Sekali dia call balik and tanya kalau nak order untuk hari Isnin leh tak... Alhamdulillah...SPC kata okay sbb leh hantar ari ahad... Kak Hanim order doll cake untuk Majlis Harijadai Adreana yg ke 5. Nak makan2 kat sekolah. Minta kale pink n white.


Mulanya SPC just buat skirt je..tp bila siap rasa2nya tak cukup untuk 20 org... so SPC tambah buat pentas. In the end, berat lebih kurang 2kg. Lettering guna fondant..mmg susah sikit sbb sekarang musim hujan so fondant cam susah nak kering.. Alhamdulillah.. segalanya terjadi dan terhasillah Doll Cake ni.



Dapat sms dari Kak Hanim : "My daughter, hubby luv d cake vry much. Cantik sungguh comment teacher dia. Non stop posing"..


Alhamdulillah..sejuk hati SPC... Happy Birhtday to Adreana... semoga menjadi anak yg soleh. Thanks again to Kak Hanim.. insya'allah kira berurusan lagi...
Blog Widget by LinkWithin