Sunday, June 28, 2009

Tadika Bunga Raya...


Salam....
Cuppies ni pemberian kepada kanak-kanak kecil di Tadika Bunga Raya. Dpt berita gembira so saja nak share dgn mereka... Hubby cerita masa dia lalu depan tadika waktu tengahari, dia nampak budak2 dok berdiri kat gate sambil pegang bungkusan cuppies. Rugi pula tak ambil gbr..mesti comei kan...hehehe...

Saja makan-makan...

Salam..
Cuppies kali ni order darip Kak Ipa untuk mkn2 anak2 je.. Perisa oren and vanilla...saja bg extra coklat mmandangkan ada lebihan. Semoga Kak Ipa dan keluarga menyukainya...Insya'allah.




Happy Belated Birthday...


Salam,
Order kali ni diterima daripada geng ferry...Nida..sempena menyambut hari lahir suami tercinta. mulanya nak buat tema bola...konon nak lukis bola...tp sekali bila lukis...punyala tak elok...and mmg tak puas hati.. so in the end tukar letak ladybug...cuppies perisa coklat. harap2 nida dan suami suka...insya'allah...




Sunday, June 21, 2009

Ben 10 Cake


Salam,

Kek coklat Ben 10 untuk Shahir, anak sulung Kak Julie. Dia ni mmg peminat Ben 10. Sepanjang hari dia tunggu untuk potong kek. Seronok tgk dia dan adik dia, Adam, sengeh lebar. Hehehe... Design takla begitu cantik. Maklumla...1st time nak buat kek. Insya'allah kek yang akan dtg lebih cantik.





Power Rangers

Salam,
Ini dia...kek pertama Sweet Princess Cuppies. Permintaan daripada Kak Julie (my sis) untuk Adam yang merupakan peminat Power Rangers. Kek perisa Vanilla. Jenuh juga nak sapu aising memandangkan kali pertama. Design pun cam tak berapa elok. Insya'allah next time lebih elok. Tapi, alhamdulillah, menjadi.. Adam pun cam seronok je dapat kek Power Rangers..kuang kuang kuang...




Friday, June 19, 2009

Sweet Princess Raya Cookies

Salam....

Ingin memperkenalkan blog perniagaan baru di bawah naungan SP Cuppies Enterprise iaitu Sweet Princess Raya Cookies yang menerima pesanan kueh raya. Singgahlah jenguk di http://sweetprincessrayacookies.blogspot.com

Tapi buat masa ni, pic kueh raya yang ditawarkan belum dapat di post kan lagi. maklum la, baru dapat hari ni .... ahaks...

Tuesday, June 9, 2009

Cuppies untuk Misi KKIA

Salam,

Pesanan cuppies untuk para Misi di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak. Design...ikut suka... Rasanya i finally dapat buat bunga yang diinginkan selama ini. Okay tak? I think okay.... Harap2 disukai dan akan mendapat order lagi...insya'allah....

Saturday, June 6, 2009

Freehand Designs...

Salam...
Design kali ni freehand design...order daripada Makcik Ju (pengasuh Yasmin). Actually dah lama dah dia minta baru sekarang ada masa nak buat..alhamdulillah...

Birthday Cuppies

Salam,
Pesanan kali ini diterima dari Fatin (Org Penang) untuk seseorang di SP. Atfirst dia minta letak gbr Badak...tapi fikir punya fikir...mana nak cari..last2 suggest letak something else..and dia okay...so in the end...letak gbr edible Garfield...the orange cat....

semoga Fatin suka dgn this cuppies....

Cuppies for Kids..

Salam..
Pesanan kali ini diterima daripada Che Ann, sister-in-law Iwan. Nak buat bekal buat anak2 dalam perjalanan pulang dari SP ke KL. Nasib bek ada these edible pics yg order dari Siti.





Selamat Pengantin Baru Iwan & Imma

Salam,
Selamat Pengantin Baru kepada rakan sepermainan dulu...Iwan dgn pasangannya Imma. Cuppies oren and coklat digunakan untuk menyerikan cuppies tiers.


Semoga perkahwinan Iwan dan Imma berkekalan sehingga ke akhir hayat...Amin..




Terima kasih Ila,

Salam,

Sweet Princess Cuppies ingin mengucapkan terima kasih kepada Ila (IlaLadySmart) kerana telah sudi menerima tempahan last minit untuk cuppies oren. Saya tidak dpt memenuhi permintaan Faizah kerana telah diadmit ke hospital pada hari rabu yang lepas. Alhamudillah sekarang dah sihat. Terima kasih juga kepada Faizah kerana membuat pesanan dengan Sweet Princess Cuppies. Semoga dimasa akan datang kita akan berurusan lagi...Insya'allah...

Selamat Pengantin Baru Ina & Amir

Salam,

Penampilan pertama cuppies tiers Sweet Princess Cuppies pada 01/06/09 sempena majlis perkahwinan Fazlina dan Amir.

Cuppies perisa coklat, fondant heart dan chocolate ganache stripes.




Semoga bahgia ke akhir hayat...Amin....



Sewa Cuppies Tiers...

Salam,

Sweet Princess Cuppies menyediakan perkhidmatan penyewaan Cuppies Tiers untuk sebarang majlis. Buat masa ini, SPC mempunyai cuppies tiers bertemakan warna gold dan silver. Permintaan untuk tema warna lain akan dipertimbangkan. Berikut ialah syarat2 penyewaan cuppies tiers :

**Permintaan untuk menyewa tiers ini harusla dilakukan sebulan sebelum tarikh penggunaannya untuk mengelak daripada permintaan bertindih.

**Harga Sewa : RM10.00

**Deposit yang diperlukan : RM50.00 (RM40.00 akan dikembalikan setelah tiers dipulangkan kepada Sweet Princess Cuppies)

**Pengambilan tiers : Sehari dua sebelum tarikh penggunaannya

**Pengembalian tiers : Dua hari selepas tarikh penggunaannya

**Pengembalian lewat : Caj denda akan dikenakan sebanyak RM5.00 untuk setiap hari tiers lewat dipulangkan.

Permintaan untuk tempahan cuppies tiers untuk milikan sendiri juga diterima oleh Sweet Princess Cuppies. Harga akan dibincangkan kemudian.

Walalubagaimanapun, syarat2 yg dinyatakan boleh dibawa berbincang agar kita semua berpuas hati...insya'allah.. (";)
Blog Widget by LinkWithin