Monday, July 27, 2009

Mini cuppies...

Salam,

Mini cuppies perisa vanilla choc chips. Sepeket ada 4 biji. Letak kat gerai kak ayu...

Boleh dijadikan sbg doorgift kenduri kendara...

Choc Cuppies

Salam,

Choc Cuppies ni order dari Siti Azuna untuk diberikan kepada tetamu yang hadir di majlis pertunangannya. 100pcs with simple design in dome casing. Yang dalam square casing tu untuk extra cuppies. Reben dan bunga pun buat last minit.






Bunga-bunga matahari utk Mimi

Salam...

Order ni pula dari besfriend Mimi. Dia sekarang tgh wat praktikal kat sek di Sg Pelek. Dia nak bagi cikgu2 makan.. Pening juga wat bunga matahari.. Asyik nampak kuning je... Tapi, memandangkan birthday Mimi pada 26/07/09, SPC telah menghadiahkan 16bj birthday cuppies...



Cuppies perisa vanilla choc chips... Total bunga matahari yg perlu dibuat...46 biji...betapa kuningnya dunia ku...kuang kuang kuang...

Selamat Bertunang Siti Azuna..

Salam..

Order kali ini diterima untuk majlis pertunangan ofismate pada 25/07/09. Perisa vanila choc chip lengkap dgn kotak dihias sesuai untuk hantaran. Alhamdulillah majlis berlangsung dgn sempurna. Pihak lelaki memberi 7 dulang..dibalas dgn 18 dulang dari pihak perempuan.. ahaks.. biasalah kan..bila member2 pakat bagi..






SPC mengucapkan selamat bertunang..harap2 dpt order untuk kenduri kawin nanti...ahaks...insya'allah..


Wednesday, July 15, 2009

Special Offer



Buat pertama kalinya... Sweet Princess Cuppies menawarkan harga istimewa untuk Vanilla Choc Chips Cuppies (size S) dengan simple buttercream aising pada 25 dan 26 Julai 2009 sahaja seperti berikut :

1. 16 cuppies = RM26.00

2. 25 cuppies = RM38.00

Loose cuppies juga disediakan dgn minimum kuantiti 4 biji berharga RM7.00. Caj penghantaran akan dikenakan seperti biasa.

Sebarang pertanyaan atau tempahan bolehla dibuat sebelum 21 July 2009 melalui SMS atau EMAIL....

Thanks...

Sunday, July 12, 2009

Goody Bag...

Salam,

Sweet Princess Cuppies menyediakan perkhidmatan bungkusan Goody Bag yang sesuai diberikan sebagai hadiah cenderahati untuk majlis harijadi, kursus/seminar/bengkel pembelajaran, motivasi untuk pelajar2. Juga sesuai diberikan ketika majlis sukaneka atau pada hari pendaftaran tadika. Gambar2 berikut adalah contoh produk yang disediakan. Harga Pakej Goody Bag bergantung kepada jenis produk yang dipilih. Harga boleh dirunding. Tiada had minimum untuk tempahan. Walaubagaimanapun, caj penghataran akan dikenakan bagi penghantaran diluar kawasan Sungai Petani iaitu RM0.40 satu kilometer (pergibalik).





Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh la menghubungi saya melalui hp atau email.





Gift Box Butterfly and Dome Casing

Salam,

Sweet Princess Cuppies menyediakan Gift Box Butterfly dan Dome Casing yang boleh digunakan sebagai pemberian kepada tetamu sebarang majlis kenduri kendara.







Untuk harga atau sebarang pertanyaan, boleh menghubungi saya samada melalui hp atau email..


Vanilla Choc Chips..




Salam,


Vanilla Choc Chips ni dibuat untuk member yang bakal bertunang tak lama lagi. Dia minta buatkan something simple...dalam erti kata lain..budget terhad. Dia minta letak dalam dome casing dgn simple bunga.




Monday, July 6, 2009

Sesame Street for Angah and Ija..


Salam...,



Pesanan dari Zulita. Nak sambut birthday dgn adik, Ija, hari ahad. Dia taknak bunga2 so suggest tema Sesame Street. Cubaan pertama untuk buat karektor Sesame Street. Alhamdulillah menjadi. Suka sgt kale terang2 ni. Cuppies perisa coklat. Semoga Zulita dan keluarga menyukainya..








Ben 10 cupcakes for Amir

Salam..,

Order sekali lagi dari Kak Yus untuk anak sedaranye.. Amir... cuppies perisa coklat dgn tema Ben 10. Sepatutnya siapkan pada 2hb tp sbb kesihatan tak mengizinkan..terpaksa tunda sikit. Alhamdulillah Kak Yus okay je... Semoga Amir suka...
Blog Widget by LinkWithin