Showing posts with label Mothers' Day Cuppies. Show all posts
Showing posts with label Mothers' Day Cuppies. Show all posts

Wednesday, June 13, 2012

Selamat Hari Ibu.. Mazlina


Red Velvet Cake + Cream Cheese ditempah oleh Mazlina sempena menyambut Hari Ibu..

Harga : RM60.00

Sunday, May 13, 2012

Carrot Walnut + Cream Cheese.. Cikgu Salmah


Carrot Walnut + Cream Cheese cake ditempah oleh Cikgu Salmah utk sambutan Hari Ibu bersama ibu2 lain di Tabika Perpaduan INTAN..

Harga : RM75.00

Love U Much Mummy.. Muzalifah


16 orange buttercake + buttercream & fondant deko ditempah oleh Muzalifah sempena menyambut hari ibu bersama Mummy tercinta.. <3

Harga : RM60.00

Friday, May 28, 2010

Khas untuk Mak Tok Ju...

Salam..
Kek ni SPC buat khas untuk Makcik Ju yg mengasuh anak2 SPC. Chocolate moist cake + chocolate ganache + buttercream aising. Mmg seronok tgk reaksi Makcik Ju bila terima kek ni. Alhamdulillah..


Tuesday, May 18, 2010

Selamat Hari Ibu..

Salam..
Kek hijau epal dan merah jambu ni di order oleh Jue Ibrahim melalui FB. 500gm chocolate moist cake untuk diberikan kepada mak tercinta.

Alhadulillah, SPC mendapat feedback yg memuaskan. Sampai skrg SPC tetap ada perasaan takut bila menyerahkan tempahan. Maklumla, kepuasan pelanggan amatla penting...

Thanks Jue sb order dgn SPC. Insya'allah kita berurusan lagi..

Wednesday, May 12, 2010

Dari KL ke Tm Ria...

Salam...
Hari khamis yg lepas, SPC tetiba dpt sms dari number yg tak dikenali... Salam kak, klu sy nk order cupcakes untuk birthday mil sy bole lg x klu deliver sbt ni?...Zuraini... hmmm... tersenyum SPC baca... SPC pun balas la.... insya'allah boleh... so ni la hasilnye... MIL dia tinggal kat Tm Ria.

Seperti yg dijanjikan, SPC telah membuat penghantaran kepada Puan Ramlah pd pg hari sabtu yg lepas. Reaksi yg dilihat sememangnya membuat SPC tersenyum. Puan Ramlah gembira dan terkejut dgn cuppies yg diterima. Alhamdulillah..

Zuraini ada attached contoh design yg dikehendaki...walaupun SPC pernah nampak design cam ni, tpi still tak berapa pasti la...so kepada pemilik asal design ni..SPC minta halal k. Thanks..

Anyway, harap Zuraini berpuas hati dgn hasil SPC. Insya'allah kita berurusan lagi...ahaks..

utk pengetahuan semua, mak SPC dah lama meninggal...tahun 2003... so bila dpt order2 yg melibatkan utk mak ni...mmg tersentuh jiwa raga... Miss you mom...

Sayang Mak..

Salam..
Satu lagi order sempena Hari Ibu ni diterima daripada Siti Hajar. 16 chocolate moist + buttercream aising.


Tuesday, May 11, 2010

Untuk Ibu Tercinta...

Salam..
Order kali ni diterima daripada Noorhanani (melalui FB). Dia nak order cuppies sempena Hari Ibu untuk ibu tercinta. Design dia nak seperti yg pernah SPC buat sebelum ni. Sungguh senang berurusan dgn dia...alhamdulillah..


Nani minta hantarkan kerumah mak dia kat Bukit Mertajam. Rupa2nya Nani ni kawan kepada bf SPC. Kecil sungguh dunia ni..hehehe...

Semoga Nani dan mak dia berpuashati dgn hasil SPC... Insya'allah kita berurusan lagi...

Friday, April 30, 2010

Selamat Hari Ibu..

Salam..
Ni order pertama SPC terima sempena sambutan Hari Ibu bulan Mei nanti. Order dtg dari Zulita. Dia ni mmg support sungguh SPC sbb dari dulu sampai skrg masih membuat order dgn SPC. Zulita order 500gm chocolate moist cake (mcm yg dipromosikan oleh SPC). Minta tema kale ungu sbb mak suka kale ungu.


Ni la hasilnye... siap letak strawberry lagi... harap2 mak suka... Insya'allah kita berurusan lagi..thanks..

Kepada sesiapa yg ingin membuat tempahan sempena hari ibu,leh la menghubungi SPC sbb SPC ada buat special offer....

Tuesday, March 23, 2010

My Doll Cake..

Salam..
Akhirnya tercapai hajat SPC untuk buat doll cake. Dah lama beli cuma belum berkesempatan untuk buat. Finally, last friday, memandangkan kena buat kek untuk kak Zua, so sekaliharung buat doll cake. Lagipun Yasmin dah banyak kali minta buatkan kek untuk dia.



Berat kek +-1kg. Camna okay tak? So, sesiapa yg nak order doll cake leh la wat dgn SPC. Insya'allah...

Thursday, January 7, 2010

Dari Shah Alam..

Salam...
Entry kali ni tentang order last minit. Intan, dari Shah Alam, call SPC and minta buatkan cuppies sempena besday mak dia,duduk di Tamn Ria Jaya, on pagi 05/01/10. Dia kata dia sibuk uruskan anak2 sekolah sampai terlupa tentang besday mak tercinta. Intan minta hantar petang atau malam hari yang sama. Mula2 SPC tak nak terima sbb last minit. Tp...tiba2 terkenang mak sendiri..SPC pun call balik Intan and kata okay. Intan minta buatkan 16pcs cuppies dgn ucapan "Hepi Besday Mak Tok...Jojo n Syabil"


Plan nak buat buttercream deco..tapi since masih ada balance fondant..so SPC pun gunala utk buat base and lettering.. still practicing..






Petang tu juga SPC hantar ke alamat yang Intan bagi. Plan dgn adik Nurul. Masa sampai kat rumah dah nampak dah Nurul dan mak dia tgh lepak2 kat depan rumah. Bila SPC bagi cuppies kat mak Intan n bagitau yang cuppies tu dari Intan...memang suprise la sgt muka dia...mmg best sgt tgk suprise reaction...hehehe...


SPC berharap mak Intan dan Intan berpuas hati dgn cuppies yang diorder...insya'allah kita berurusan lagi di masa akan datang...

Monday, May 11, 2009

Selamat Hari Ibu...



Salam,, sempena Hari Ibu yang lepas, saya menerima tempahan yang amatla menggalakkan untuk mini cuppies. Riben dihiaskan di kotak so that lebih cantik utk diberikan kepada ibu tersayang...






Blog Widget by LinkWithin