Saturday, November 20, 2010

Selamat Bertunang Sani & Sue..

Salam..

Tempahan untuk 16 biji choc moist + buttercream aising + edible pic ditempah oleh siti Nur Atikah (FB) sempane majlis pertunangan abangnya di Tanjung Karang...


Thanks Atiqah.. insya'allah kita berurusan lagi.. (";)

Tuesday, November 9, 2010

Castle Cake Nur Allisya Qasrina..

Salam..
Alhmadulillah.. akhirnya tercapai hajat SPC utk membuat Castle Cake.. Terima kasih kepada Siti Majidah (FB) kerana memberi kepercayaan kepada SPC. Ini la dia hasil pertama SPC membuat Castle Cake utk Siti sempena menyambut hari lahir puterinya Nur Allisya Qasrina...



Feedback dari Siti amatla membuat SPC berpuashati.. thanks... Insya'allah kita berurusan lagi... (";)

Kelas Basic Cuppies Decorating dgn Hazliza...

Salam,
Hujung minggu yg lepas SPC telah mengadakan kelas basic decorating (buttercream) yg ke2...heheheh.. tp kelas ni special request dari adik ipar.. Hazliza.. yg kebetulan balik ke SP sempena cuti panjang aritu. Disebabkan masa yg teramatlah terhad, SPC cuma sempat ajar beberapa corak je.. so ni la hasil2nya...





Insya'allah next Ja balik SP, kita buat satu lagi kelas... (";)

Monday, November 8, 2010

Princess Cuppies order oleh Siti Majidah..

Salam..
Siti Majidah turut order 16 choc moist cuppies + buttercream aising + princess figurine sempena menyambut birthday puteri sulungnya.. Nur Allisya Qasrina...


Siti sebenarnya minta letakkan edible pic princess.. tp disebabkan perkara yg tidak dpt dielakkan.. SPC tidak dpt nak menunaikan perminataan Siti.. SPC suggest menggunakan figurine princess ni.. alhamdulillah Siti okay je...

Thanks sbb order dgn SPC.. Insya'allah kita berurusan lagi.. (";)

Minis for Siti Majidah..

Salam..
200 choc mosit minis ni order oleh Siti Majidah (FB) utk mkn2 dgn family..





Happy Birthday Zue...

Salam..
Order 16 buttercake cuppies + buttercream aising dtg dari seorang baker gak.. Nisa order utk diberikan kepada seorang kawan baiknya, Zue, sempena hari lahirnya pada 6hb yg lepas. SPC telah membuat penghantaran ke USM...


Thanks Nisa sbb sudi order dgn SPC.. insya'allah kita berurusan lagi.. (";)

Happy Birthday Dhani Danish.. Ben 10 Themed

Salam..
Order kali ni datang dari En Fauzee (ofismate kak Aishah... thanks kak). Minta buatkan 1kg choc moist + buttercream aising + edible n non edible Ben 10 pic.. En Fauzee order sehari sebelum pick up date.. besanya SPC tak terima order sehari sebelum tu.. tp.. mungkin dah rezeki.. SPC terima gak.. lagipun bahan2 yg diperlukan mmg cukup..

Alhamdulillah.. SPC berjaya menyiapkan order En Fauzee. Cuma tak dpt nak hantar je sbb tak berapa sihat.. (";)


Kepada En Fauzee.. terima kasih sbb sudi order dgn SPC.. insya'allah kita berurusan lagi.. (";)

Happy Birthday Yasmin... 31/10/10

Salam,
4 tahun yg lepas pada 31/10, Yasmin Binti Mohd Shahir telah lahir ke dunia.. Antara hari2 yg paling mengembirakan SPC dan suami... maklum la.. anak pertaman... (";) Kepada Yasmin, ibu dan ayah doakan agar Yasmin membesar menjadi seorg anak yg beriman dan soleh.. Luv u sayang.. muahx...

Ni la kek yg ibu dan ayah belikan .. sori sayang.. ibu tak sempat buatkan kek.. tp takpa, rasanya Min dah puas makan dah sebelum ni.. (";)


Birthday girl (31/10) n birthday boy (24/09) dgn ibu.. (";)


Dgn ayah lak.. (";)



Umar Rayyan 24/09/09

Yasmin 31/10/06



Sunday, October 31, 2010

Farisya Balqis is 1...

Salam..
Awal bulan aritu, Ika (FB) bertanyakan kpd SPC samada boleh buatkan kek no 1.. SPC pun kata insya'allah boleh.. so SPC pun mencari la loyang tuk no 1... alhamdulillah jumpa.. so bile Ika konfirmkan order... mmg leh buat la kan... Tapi.. atas sbb yg tidak dpt dielakkan.. terpaksa tukar plan.. buat 1kg choc moist + buttercream + edible pic Minnie Mouse bentuk pesegi.. Adus...

Inilah hasil nya... (";)




Terima kasih Ika sbb sudi ulang order dgn SPC. Insya'allah kita berurusan lagi.. (";)

Class Basic Cupcake Decorating (Buttercream) 30/10/10

Salam..
Alhamdulillah, pada 30/10/10 yg lepas, SPC telah mengadakan Class Basic Cupcake Decorating (Buttercream) bertempat di Tm Delima, Bakar Arang, Sungai Petani.. Class sepatutnya diadakan di rumah SPC di Tm Bg Raya, tpi pg tu bila SPC g umah utk bersiap.. skali tgk... TAK ADA AIR.... ADUS..... so terpaksa tukar venue. Kelas telah dihadiri oleh Nurul Aida dan Suzanna. Memang sporting la depa ni. Tekun je belajar..

Okies.. so tgk2 la pic2 kat bawah ni.. Cam seronok lak berkongsi ilmu.. (";) Inysa'allah SPC akan mengadakan class lagi.. apa2 nanti akan di maklumkan... (";)

Terima kasih yg teramat la byk kepada hubby tercinta, Mohd Shahir, sbb menjaga the kids and kepada Che Ronah (mak mertua ku) sbb menyediakan hidangan tengahari yg mmg sedap.. sehingga menjilat jari... (";)











Zuriati Husna is 11...

Salam..
Order kali ni diterima daripada Zulita Hanim (BFF SPC). Dia minta buatkan 1kg choc moist + buttercream sempena majlis harijadi adik bongsu nya.. Zuriati Husna...


Terima kasih SPC ucapkan kepada Zulita Hanim dan keluarga sbb telah byk kali memberi kepercayaan kepada SPC. Insya'allah kita berusuan lagi.. (";)

Friday, October 29, 2010

Kereta n Raket Skuasy...

Salam..
SPC telah menerima satu order yg agak unik... (":) Ros minta buatkan cuppies birthday tp dia minta letak beberapa benda...

1.. figurine kereta proton wira dgn plate number warna hitam
2.. raket skuasy
3.. set bola
4.. pic manchester united
5.. pic arsenal..

sesuatu yg mencabar SPC..maklumla .. tak pernah lagi dpt order camni.. (";) tp, SPC telah berhadapan dgn beberapa perkara yg.. bisa membuat hati ni sedih.. biarla SPC n Ros saja yg tahu...

anyway, ni la hasilnya...


kepada Ros, terima kasih sbb memberi kepercayaan kepada SPC utk membuat order ni.. insya'allah kita berurusan lagi.. (";)

1000 doorgift Rena..

Salam..
Selain daripada order untuk set hantaran, Rena turut order 1000 choc moist + buttercream aising dlm square casing untuk dijadikan doorgift kepada tetamu yg hadir pada kenduri kawinnya sabtu ni..


SPC mengucapkan Selamat Pengantin Baru... insya'allah kita berurusan lagi.. ('';)

Wednesday, October 20, 2010

Buttercream rose...

Salam..
Setelah sekian lama nak mencuba.. akhirnya SPC berjaya mencuba untuk membuat buttercream rose. Bg SPC, nak buat rose ni sesuatu yg agak susah sbb dgn tangan kebas so adakalanya susah nak pusingkan paku ros.. tp alhamdulillah berjaya juga utk membuatnya. Walaubagaimanapun, masih ada ruang untuk diperbaiki... (";)


Hantaran Cuppies Rena..

Salam..
Selain daripada doorgift n cake, Rena turut order 16biji choc moist cuppies + buttercream aising + fondant flowers untuk dijadikan hantaran. bunga ros kale purple.. rasanya fav colour dia kot no.. (";)


Blog Widget by LinkWithin