Friday, September 18, 2009

Blueberry Cheese Cake

Salam,
Ni nak cerita tentang cheese cake. Tak taula kenapa semenjak dua menjak ni teringin la sgt nak buat cheese cake. So, baru2 ni buatla...tp buat perubahan sikit. Kali ni buat double layer blueberry cheese cake. Tgk la pic..yum yum...




Saturday, September 12, 2009

Sweet Princess Raya Cookies

Salam,
Alhamdulillah Sweet Princess Raya Cookies mendapat sambutan yang amatla menggalakkan memandangkan ini merupakan kali pertama terlibat dalam business pengedaran kueh raya. SPRC ingina mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah membuat pesanan dan berharap berpuas hati dgn kueh raya yg ditempah. Semoga kita berurusan lagi di tahun2 yang akan datang.
Antara kueh yang paling laris ialah Bright Eye Susan.


Sebahagian daripada bungkusan kueh raya sedang dinanti untuk diedarkan...


Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua......



Hadiah dari abang Riza

Salam,
Baru2 ni, SPC dpt hadiah daripada Abang Riza dari US. Seronok sgt. Hari tu saja minta dia tgk2 brg2 wilton..maklumla..kat sana mesti lagi murah daripada beli kat sini. Tak sangka dia beli and hantar. Ni la a few pics yg sempat diambil. Ada lagi..nanti SPC update..

Yang ni merupakan Icing Decorations. Keras cam biskut. Dia hantar 2 set, Transformer and SpongeBob. Yang ni mmg tak pernah jumpa lagi kat sini.
Yang paling cute is this Puzzle Cakes - Build A Cake Set. Boleh buat 3 design. Cam tak sabar nak guna. Abang Riza kata brg2 ni kira investment so tak yah bayar balik..SPC tanyala..kalau hantar senarai brg untuk diinvestkan boleh tak...kuang kuang kuang...




Selamat Bertunang Shafa & Aswad


Salam..
Entry kali ni diterima daripada Shafa, seorang nurse dari Alor Star. Shafa nak order sempena majlis pertunangan dia di bulan august 09 yang lepas. Tema warna emas dan silver. Pening juga fikir camna nak buat.Sebenarnya, SPC kena buat lettering dua kali sbb tak puasa hati dgn lettering yang pertama. In the end inilah hasilnye...Semoga Shahfa berpuas hati.
Dia jumpa iklan SPC di laman iklan Mudah.My (klik sini).
SPC berharap akan mendapat order lg di masa akan dtg...ahaks..insya'allah..



Monday, September 7, 2009

My first Cheese Cake...

Salam,
Ini dia Blueberry Cheese Cake pertama dari SPC. Order ni diterima daripada member naik bus g penang..abang Fahmi..nak buat makan2 buka posa.. last minit order lak tu. nasib baik bahan2 mmg dah ada stock kat rumah.


Yang ni pula potongan blueberry cheese cake (i buat 2 biji) untuk diletakkan di gerai kakak di pasar ramadhan Sungai Lalang. Sebenarnya, dah beberapa kali plan nak letak cake atau cuppies kat gerai dia, tapi tak menjadi. Alhamdulillah kali ni tercapai plan. Alhamdulillah juga sbb kesemua potongan habis dijual petang tu juga.

Kepada sesiapa yang ingin menempah atau ingin bertanyakan tentang Blueberry Cheese Cake ni, yg sesuai untuk berbuka puasa atau untuk dihidangkan kepada teman2 di hari raya nanti, boleh la menghubungi saya melalui email atau hp.

SPC berharap akan mendapat lebih banyak tempahan untuk cheese cake di masa akan dtg...

Friday, September 4, 2009

Edible Pics for Raya Aidilfitri

Salam...

Entry kali ni saja nak tunjuk edible pic yg terbaru sempena menyambut Raya Aidilfitri.. Walaupun tak dapat nak ambek order, tapi my sis dok pujuk suruh buat for family to mkn2.




The pics leh order dari.. Mai Edible Image


So, nantikan entry about the raya cuppies...itupun kalau tak bersalin lagi..hehehe..insya'allah..

....sori kalau pic tak clear..ambek dgn hp...

Wednesday, August 12, 2009

Saja untuk makan2 sendiri..

Salam...
Entry kali tentang my own keinginan untuk mkn kek..hehehe...hari ahad yang lepas, saja lepak2 kat depan after makan tengahari..tiba2 teringin nak mkn kek..teringat kat dapur berlambak tepung...so terhasillah butter cake yg dicampur dgn strawberry chips and chocolate rice. kat atas ditaburi dgn colourful love sprinklers...


Inilah hasilnya... bawa sikit ke rumah mak mertua. Alhamdulillah dia kata okay and tak berapa manis.

tempahan dibuka untuk butter cake...ahaks... sesiapa yang nak order leh la email or contact me kay..insya'allah...

Sunday, August 2, 2009

Cerita Ceriti...

Salam...

Kali ni tak ada entry about cuppies atau order terbaru..tapi saja nak cerita ceriti tentang sesuatu yang baru..hehehe...hari ini...SPC..buat entry yang pertama dari Mini Laptop sendiri..kuang kuang kuang. Akhirnya, SPC ada computer sendiri and siap beli sekali dgn broadband..tapi belum diaktifkan lagi..so still guna hubby punya broadband.. Kat SP ada PICOM Fair. Ingat at first tak nak beli..tp bila teringat senang nak update blog and bawa bila outstation..tu yang terbeli. Itupun baru beli harini (last day). Jenama Toshiba and kale PINK lagi tu...kuang kuang kuang..kira mini notebook sbb screen cuma 10inc (rasanya).. dari tadi balik dok kelebek benda ni...mouse pun warna PINK.

Sebenarnya, dah lama diidamkan laptop sendiri. Lagila teringin bila tgk cerita Legally Blond, lakonan Reese Witherspoon..part yg dia beratur nak bayar untuk laptop warna pink..cute la sgt..dari situ la tersimpan hasrat untuk memiliki laptop sendiri. Sekali tgk, ada pula yang warna pink..terus beli..tp itupun setelah berfikir panjang. Kira semalaman jugalah dok fikir wether nak beli ke tak.

So now dah ada...have fun.....

Bye..




Monday, July 27, 2009

Mini cuppies...

Salam,

Mini cuppies perisa vanilla choc chips. Sepeket ada 4 biji. Letak kat gerai kak ayu...

Boleh dijadikan sbg doorgift kenduri kendara...

Choc Cuppies

Salam,

Choc Cuppies ni order dari Siti Azuna untuk diberikan kepada tetamu yang hadir di majlis pertunangannya. 100pcs with simple design in dome casing. Yang dalam square casing tu untuk extra cuppies. Reben dan bunga pun buat last minit.






Bunga-bunga matahari utk Mimi

Salam...

Order ni pula dari besfriend Mimi. Dia sekarang tgh wat praktikal kat sek di Sg Pelek. Dia nak bagi cikgu2 makan.. Pening juga wat bunga matahari.. Asyik nampak kuning je... Tapi, memandangkan birthday Mimi pada 26/07/09, SPC telah menghadiahkan 16bj birthday cuppies...



Cuppies perisa vanilla choc chips... Total bunga matahari yg perlu dibuat...46 biji...betapa kuningnya dunia ku...kuang kuang kuang...

Selamat Bertunang Siti Azuna..

Salam..

Order kali ini diterima untuk majlis pertunangan ofismate pada 25/07/09. Perisa vanila choc chip lengkap dgn kotak dihias sesuai untuk hantaran. Alhamdulillah majlis berlangsung dgn sempurna. Pihak lelaki memberi 7 dulang..dibalas dgn 18 dulang dari pihak perempuan.. ahaks.. biasalah kan..bila member2 pakat bagi..






SPC mengucapkan selamat bertunang..harap2 dpt order untuk kenduri kawin nanti...ahaks...insya'allah..


Wednesday, July 15, 2009

Special Offer



Buat pertama kalinya... Sweet Princess Cuppies menawarkan harga istimewa untuk Vanilla Choc Chips Cuppies (size S) dengan simple buttercream aising pada 25 dan 26 Julai 2009 sahaja seperti berikut :

1. 16 cuppies = RM26.00

2. 25 cuppies = RM38.00

Loose cuppies juga disediakan dgn minimum kuantiti 4 biji berharga RM7.00. Caj penghantaran akan dikenakan seperti biasa.

Sebarang pertanyaan atau tempahan bolehla dibuat sebelum 21 July 2009 melalui SMS atau EMAIL....

Thanks...

Sunday, July 12, 2009

Goody Bag...

Salam,

Sweet Princess Cuppies menyediakan perkhidmatan bungkusan Goody Bag yang sesuai diberikan sebagai hadiah cenderahati untuk majlis harijadi, kursus/seminar/bengkel pembelajaran, motivasi untuk pelajar2. Juga sesuai diberikan ketika majlis sukaneka atau pada hari pendaftaran tadika. Gambar2 berikut adalah contoh produk yang disediakan. Harga Pakej Goody Bag bergantung kepada jenis produk yang dipilih. Harga boleh dirunding. Tiada had minimum untuk tempahan. Walaubagaimanapun, caj penghataran akan dikenakan bagi penghantaran diluar kawasan Sungai Petani iaitu RM0.40 satu kilometer (pergibalik).





Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh la menghubungi saya melalui hp atau email.





Gift Box Butterfly and Dome Casing

Salam,

Sweet Princess Cuppies menyediakan Gift Box Butterfly dan Dome Casing yang boleh digunakan sebagai pemberian kepada tetamu sebarang majlis kenduri kendara.







Untuk harga atau sebarang pertanyaan, boleh menghubungi saya samada melalui hp atau email..


Blog Widget by LinkWithin