Monday, November 23, 2009

Q Bean...Tesco Sungai Petani Selatan..

Salam,
Alhamdulillah setelah sekian lama membuat perancangan akhirnya tercapai. Hari tu, SPC g Tesco Sungai Petani Selatan, yang baru, and saja jalan2. Terlihat satu cafe nama Q Bean di foodcourt ada jual kek coklat kukus. SPC pun pergi tanya kalau nak letak cuppies kat situ boleh ke tak.. Pekerja dia minta SPC contact Ester.

Dua tiga kali jg cuba contact tapi tak berhasil. So SPC pun anggap tak ada rezeki. Tp, pada suatu hari (baru2 ni), kebetulan SPC kat OMNI Design, masuklah satu perempuan cina tgk banner yg ditempah. Bila dia buka banner, SPC perasan ada tulisan Q-Bean, terus tanya samada dia tu Esther ke and dia kat yes. SPC bgtau yg dah beberapa kali cuba contact tp tak dpt. Esther suggest dtg ke cafe untuk berbincang ptg tu juga..
So kul 3ptg SPC ke Q-Bean bersama2 dgn sample cuppies. Mmg seronok berbincang dgn Esther. Dia pula byk idea utk mempromote cuppies. Siap suruh bwkan tiers utk pameran. Mmg teruja je lepas berbincang dgn dia.

Pada 21 November 2009, SPC melangkah ke bab baru dlm dunia perniagaan. So, kepada kengkawan dan bakal pelanggan di sekitar Sungai Petani, singgahla ke Q-Bean jika teringin merasa cuppies hasil Sweet Princess Cuppies..






Untuk makluman, harga di Q-Bean hanyalah untuk pembelian di Q-Bean sahaja.




No comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin